Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh

Saintis ramal Bumi tidak stabil kerana bulan semakin jauh

WASHINGTON – Para saintis menyuarakan kebimbangan bahawa Bumi bakal menjadi tidak stabil disebabkan jarak bulan yang kini berada semakin jauh dari planet ini, lapor akhbar Daily Star.

Sepanjang kewujudannya, saintis mendapati bahawa bulan telah bergerak menjauhi Bumi.

Teori Solunar: Bagaimana Bulan Mempengaruhi Mood Ikan?

Biarpun perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal, para saintis percaya bahawa bulan kelak akan meninggalkan Bumi buat selama-lamanya.

Malam Ini Purnama Jupiter, Bisa Terlihat Jelas dari Indonesia | kumparan.com

Menurut jurnal Earth, Planets and Space, keadaan itu akan menyebabkan kekacauan dalam setiap aspek kehidupan manusia kerana putaran graviti Bumi dan bulan memberi kesan kepada laut, matahari, mamalia, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

Sementara itu, beberapa pakar lain turut memberi amaran bahawa bulan boleh berada pada jarak yang semakin hampir dengan Bumi yang boleh menyebabkan ia dimusnahkan oleh graviti.

Namun, sehingga kini, tiada sesiapa yang boleh menjangkakan bila perkara itu akan berlaku. – Agens

sumber: kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*