Nak Jadi Menantu Kesayangan Ikut 8 Cara Paling Mudah Mertua Pun Jadi Sayang

Nak Jadi Menantu Kesayangan Ikut 8 Cara Paling Mudah Mertua Pun Jadi Sayang

Jika seseorang telah membuat keputusan untuk berkahwin dan mendirikan rumahtangga, dia sebenarnya bukan sahaja berkahwin dengan pasangannya, tetapi dia berkahwin dengan seluruh keluarga dan sanak saudara pasangan.

Paling penting, seharusnya dia perlu mencari keserasian dan perlu berusaha untuk menambat hati mertuanya supaya hubu ngan silaturrahim yang terbina akan kekal utuh.

Jangan tunggu mereka yang buat kita selesa, tetapi kita sebagai anak menantulah yang patut memulakan langkah dan mencari cara memikat hati mertua.

7 CARA MEMIKAT HATI MERTUA, WALAUPUN TAK SEHALUAN PENDAPAT

Terdapat beberapa tips di bawah ini yang boleh diamalkan oleh menantu. Jom kita amalkan. Ini 7 cara memikat hati mertua selepas berkahwin.

1. CARI MASA UNTUK BALIK KAMPUNG

Setelah berkahwin, carilah masa untuk pulang ke kampung halaman, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau dah ada anak, mereka tentu rindu dengan cucunya.

Beritahu mereka terlebih dahulu jika anda merancang untuk bertemu mereka.

Jika bertandang pada hari biasa, apatah lagi jika kedatangan tidak dimaklumkan terlebih dahulu, ia mungkin membuatkan keadaan sedikit janggal terutama kerana mereka mungkin terpaksa membuat persiapan untuk anda.

Buat perancangan awal untuk berjumpa dengan mertua supaya anda dapat membawa sesuatu yang disukainya.

2. PENAMPILAN YANG ELOK

Pertama kali berjumpa mertua akan memberi ‘first impression’ kepada mereka. Namun, mungkin ada yang mengabaikan penampilan mereka setelah berkahwin beberapa bulan atau tahun.

jadi, pastikan penampilan anda sentiasa nampak elok kerana setiap corak pemakaian adalah melambangkan diri dan sikap anda. Inilah salah satu cara memikat hati mertua yang selalu dipandang ringan.

Bagi lelaki jangan sesekali bertandang dengan baju-T yang memiliki imej yang tidak bersesesuaian, tetapi seelok-eloknya pakai baju polos tanpa melambangkan sebarang unsur prov0katif atau unsur politik.

Bagi perempuan pula, kalau tak tahu nak pakai baju apa, baju kurung antara pilihan yang membuatkan diri kelihatan sopan.

3. CARI TOPIK PERBUALAN

Ia menjadi masalah utama apabila pertama kali bertemu dengan mertua, apatah lagi zaman kini ramai orang muda agak sukar berbual dengan orang lebih tua.

Jadi sebelum anda berjumpa dengan bakal mertua, pastikan anda telah tahu semua perkara yang berkaitan bakal ibu mertua anda.

Cuba dapatkan dari anaknya tentang hobinya, makanan kegemarannya, ciri-cirinya dan sedikit tentang latar belakang dirinya.

Dari situ anda akan dapat membuat kajian sedikit mengenai bakal mertua anda – G00gle kan ada. Jadi apabila bertemu nanti, adalah topik yang akan bualkan dengannya.

Jangan terlalu malu untuk berbual, cuba ramahkan diri untuk berbual dengannya. Dari situ, akan muncul sedikit tanda suka dia pada anda.

4. RINGAN TULANG

Tiada mertua yang akan mengkritik menantu yang ringan tulang. Apabila sudah berkahwin, inilah antara kualiti yang paling dicari oleh mertua, lebih-lebih lagi yang perempuan.

Jangan malu untuk mengaku jika anda tidak pandai memasak. Tetapi, tunjukkan kesungguhan untuk membantunya setiap masa.

Jika mereka tidak sihat, cubalah tawarkan diri untuk mengurut atau memicit badan mereka.

5. JANGAN BERGA DUH DEPAN MERTUA

Perkara ini boleh member gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan keben cian di hati mertua.

Sebaliknya, bertanyalah pada mertua cara untuk menambat hati suami. Mereka tentu suka untuk bercerita tentang makanan kegemarannya, hobinya, serta kisah lucu suami semasa bersekolah dahulu.

6. JAGA TUTUR KATA

Jika sebelum ini anda seorang yang mulut lepas, dinasihatkan supaya anda sentiasa menjaga pertuturan. Berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka dan jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

Untuk memastikan anda bersopan ketika berbual dengannya, anda haruslah mengawal diri anda dari segi perlakuan atau percakapan.

Jika mertua terlalu garang atau sensitif, elakkan daripada terlalu ramah kerana ditakuti kita akan bercerita tentang perkara yang menyakitkan hatinya.

7. JANGAN BERKIRA!

Anggaplah mereka sebahagian daripada da rah daging sendiri supaya hubu ngan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Lakukanlah apa yang akan anda lakukan sebagaimana untuk ibu bapa sendiri.

Jika masih belum mesra, anggaplah mereka memerlukan masa untuk menerima ‘orang baru’ dalam keluarga. Mesti positif!

Jangan sekali-kali membenarkan andaian “Hmmm, mereka ini macam tak suka aku saja…” daripada menguasai minda anda.

8. BERDOA SUPAYA DILEMBUTKAN HATI

Selain itu, sentiasalah berdoa jika anda menghadapi kesusahan untuk memenangi hati mertua.

Ini antara doa yang boleh diamalkan setiap hari bagi anda yang Muslim:

ELAK SANGKA BURUK, KEKALKAN AURA POSITIF

Tidak semua ibu mertua berhati tidak baik, bahkan ramai ibu mertua yang menyayangi menantu melebihi anaknya sendiri.

Oleh itu, hormati dan sayangilah mereka seperti menyayangi ibu sendiri. Jangan biarkan persepsi anda mengaburi pandangan mata anda.

sumber: akakpesan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*