[Tips dan petua agar sabun mandi jimat untuk anak]

Serius weh! Anak rajin nau pun rasa stress juga dibuatnya.

Sudah tentu ibubapa stress apabila nak mandi je sabun dah tak de dan apatah lagi di waktu2 kedai dah tutup. Dalam masa sama anak anak pula rajin mandi tetapi…

Asal mandi je, habis bilik air kena sental. Beria menyental tapi entah apa yang disentalnya. Toilet ghope itu jugaklah. Yang geramnya, anak-anak guna sabun mandi untuk sental toilet. Mandi sehari, 3 kali. Sabun mandi yang 2L tu, memang sekejapan jelah habisnya.

 

Tak sampai sebulan! Ya Allah, keje beli sabun jelah abah diorang ni ha. Tak sampai umur 40, mau berguguran rambut abahnya.

 

So, saya nak share penyelesaian untuk masalah ni. Idea ni, kakak saya yang bagi. And it’s work! ?

 

Cuba tengok kat gambar tu,

Buka Foto
Kalian boleh ikat getah kat situ supaya anak-anak tak dapat tekan sabun tu banyak sangat. Ikatlah ikut kata hati. Lagi sikit ruang yang tinggal, lagi sikit sabun yang keluar. Biar jenuh anak-anak tekan banyak-banyak kali, tapi yang keluarnya secoet je.

Padan muka diorang.??

Okeh, selamat mencuba!

Credit:SriAjilahSamsir

 

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*