Membalas dendam dibolehkan tapi perlu ikut hukum syarak namun memaafkan lebih dituntut dalam Islam

Membalas dendam dibolehkan tapi perlu ikut hukum syarak namun memaafkan lebih dituntut dalam Islam

Mungkin kita tertanya-tanya adakah membalas dendam dibenarkan dalam hukum syarak atau tidak dibenarkan sama sekali?

BALAS dendam ialah melakukan satu tindakan terhadap seseorang atau kumpulan sebagai tindak balas kepada ketidakpuasan hati hasil dari tindakan yang dilakukan.

Mungkin kita tertanya-tanya adakah membalas dendam dibenarkan dalam hukum syarak atau tidak dibenarkan sama sekali? Jika dibenarkan pula apakah batasan-batasan yang perlu diketahui dalam membalas dendam? Semua persoalan ini akan dijawab bagi menerangkan hukum sebenar membalas dendam.

Firman Allah di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Baqarah ayat 194: Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

Dalam ayat ini difahami bahawa hukum untuk membalas dendam adalah dibenarkan dengan dilakukan hukum Qisas (iaitu balas balik apa yang dilakukan).

Tiada sifat kesabaran antara punca seseorang ingin membalas dendam.

Cuma dalam melakukan tindakan membalas balik mestilah mengikut saluran yang dibenarkan syarak. Kerana itu dalam ayat ini Allah meminta supaya kita bertakwa kepadanya agar setiap tindakan itu selari dengan ketentuan Allah.

Terdapat satu kisah bagaimana Baginda Rasulullah bersumpah untuk membalas dendam atas kematian bapa saudaranya Hamzah yang syahid di dalam Peperangan Uhud. Bukan sahaja syahid tetapi jasad bapa saudaranya itu dicincang dan dikeluarkan hatinya.

Maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya jika Allah memberikan kemenangan kepadaku atas mereka, sesungguhnya aku akan balas mencin cang tiga puluh orang lelaki dari kalangan mereka (sebagai pembalasan atas kema tian Hamzah).

Ketika kaum muslim mendengar hal tersebut, mereka berkata: Demi Allah, seandainya Allah memenangkan kita atas mereka, sungguh kita akan mencincang mereka dengan cin cangan yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan orang-orang Arab. Maka turunlah Surah An-Nahl ayat 126 sehingga habis Surah An-Nahl.

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl ayat 126 sehingga ayat 128: (126) Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

021705300_1575212051-Manfaat-Memaafkan-bagi-Kesehatan-By-pattanaphong_khaunkaew-123rf-84921751

Jadilah pemenang dengan memaafkan orang lain.

(127) Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdu kacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

(128) Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Kata para alim ulama dalam ayat ini bahawa Allah memerintahkan untuk berbuat adil dalam qisas (pembalasan) dan seimbang dalam menunaikan hak. Kemudian Allah meminta Baginda Rasulullah untuk bersabar dengan segala perbuatan yang mereka kerjakan.

Kata para alim ulama antara sebab-sebab seseorang itu ingin membalas dendam ialah:

1. Tidak ada sifat kesabaran.

2. Tidak mempunyai sifat memaafkan.

3. Mempunyai sifat panas baran yang melampau.

Maka disebabkan itu seseorang akan membalas dendam terhadap seseorang yang telah menza liminya. Perlu diingatkan bahawa membalas dendam hanya dibenarkan dalam bentuk yang diterima syarak yang disebut hukuman qisas.

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Quran dan hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas seperti membu nuh dibalas dengan bu nuh (nya wa dibalas dengan nya wa), melukakan dibalas dengan melukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Semua tindakan ini bukanlah kita yang membalasnya sendiri tetapi dengan kita mengikut saluran yang betul dengan melalui sistem penghakiman agar keadilan itu dapat ditegakkan.

Adapun untuk membalas dendam dalam bentuk kemungkaran sama seperti yang mereka lakukan adalah ha ram disisi syarak seperti: menghina dibalas dengan hinaan, mengum pat dibalas dengan mengum pat, men curi dibalas dengan men curi. Maka kesemua ini diha ramkan dalam syarak.

Jadilah seperti Baginda Rasulullah yang berjiwa besar dengan tidak membalas dendam kepada mereka yang menzalimi Baginda Rasulullah. Sifat memaafkan ini akan menyebabkan seseorang itu layak untuk masuk ke dalam salah satu pintu syurga Allah iaitu pintu memaafkan orang lain.

Seseorang yang memaafkan orang lain itu sebenarnya tidak akan sesekali rugi bahkan dialah pemenang dan dialah juara kerana dapat menahan diri sifat marah.

Sabda Baginda Rasulullah: Barang siapa yang menahan marah padahal dia mampu untuk melepaskannya, nescaya Allah akan memanggilnya di tengah kerumunan manusia sehingga dia bebas memilih bidadari yang dia sukai. – [HR Ahmad 15084].

Maka jadilah pemenang dengan memaafkan orang lain.

sumber: mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*