Pelik,.. Harimau enggan baham kambing malah dilayan seperti kawan

Pelik,.. Harimau enggan baham kambing malah dilayan seperti kawan

Harimau sememangnya merupakan haiwan karnivor. Oleh kerana itulah, sebuah zoo di Rusia memberi makanan berupa haiwan hidup seperti kambing dan arnab untuk harimau di sana.

Lazimnya, harimau tersebut seakan ‘berpesta’ ketika diberi makan namun ia berubah sebaik sahaja seekor kambing hitam dilemparkan. Apa yang mengejutkan para pengunjung adalah harimau itu bukan sahaja enggan memakan kambing hitam berkenaan.

Malah bertindak seperti pelindung kepada kambing tersebut. Luar biasa bukan? Siapa sangka ia boleh jadi sebegitu.

Di Rusia, sering kali pengunjung zoo tertarik dengan sesi memberi makan di mana harimau yang lapar, akan penuh berselera memakan makanan yang diberikan.

Elok saja lepak bersama..

Dan malangnya, kali ini ‘makanan’ harimau itu bertukar sedikit. Mengejutkan pula apabila harimau itu langsung tidak menganggapnya sebagai makanan.

Sebaliknya, harimau tersebut tidak berasa seperti pemangsa dan hanya membiarkan sahaja kambing itu bebas berkeliaran. Sang harimau juga beralah, beri ruangnya pada si kambing untuk berteduh.

Sumber juga mengatakan bahawa kambing tersebut kerap dilihat mengikuti sahaja langkah harimau tersebut. Mungkin kambing itu berasa selamat di sisinya.

Macam abang yang sedang melindungi adik. Aneh dan ajaib bukan? Kadang kala haiwan lebih menyayangi sesama mereka biarpun berlainan spesies.

sumber: erabaru via kalamindah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*