(video) Pak Guard dah Bagi Warning Jgn Naik Tingkat 14, Tpi Nak juga kan… Haa Skrg Rasakan Sendiri..

(video) Pak Guard dah Bagi Warning Jgn Naik Tingkat 14, Tpi Nak juga kan… Haa Skrg Rasakan Sendiri..

Memang tak dapat dinafikan, gangguan makhluk halus atau jin bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah, kita perlu percaya dengan kewujudan makhluk ini. Bukan itu sahaja, ‘mereka’ ini ada di mana-mana termasuklah di sekeliling kita cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial yang dirakam oleh seorang lelaki ketika dia menghantar pesanan makanan di kawasan perumahan yang terletak bersebelahan dengan Highland Tower.

Guard dah pesan awal-awal

Video pendek itu dikongsikan oleh Ameer Ammar di akaun TikTok miliknya. Lelaki ini yang juga merupakan seorang penghantar makanan mendakwa telah menerima pesanan daripada seorang pelanggan yang tinggal di sebuah kondominium yang terletak tidak jauh dari bangunan ‘berhantu’ Highland Tower. Dakwa lelaki ini, ketika dia tiba di kawasan tersebut, pengawal keselamatan yang bertugas memberi ‘amaran’ dan ‘melarang’ lelaki ini untuk naik ke tingkat 4 dan 14 bangunan tersebut.

Tetapi lelaki ini tetap dengan pendiriannya mahu menyelesaikan tugasnya dengan menghantar pesanan makanan kepada seorang pelanggan di tingkat 14. Namun, ada kisah ‘seram’ yang berlaku apabila lif yang dinaikinya tersangkut selama 2 jam. Selepas menunggu hampir dua jam, akhirnya lif tersebut berfungsi semula. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan mengapa pengawal keselamatan itu memberi ‘amaran’ sedemikian, mungkin juga ada kisah seram yang berlaku sebelum ini atau pun ianya adalah rekaan semata-mata.

lihat Video

Sumber: Ameer Ammar via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*