Tarikh Buka Sekolah Terkini Kekal Pada 3 Oktober 2021 -Menteri Pendidikan – Media Viral Malaysia

Tarikh Buka Sekolah Terkini Kekal Pada 3 Oktober 2021 -Menteri Pendidikan – Media Viral Malaysia

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Radzi, dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka terlalu lambat adalah tidak tepat.

Sebaliknya, tegas beliau, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.

Dalam masa sama, Radzi memaklumkan, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.

“Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.

Sumber Sinar harian, awani dan media sosial via Media Viral Malaysia

Media Viral malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*