Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar

Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar

Kisah wanita yang dikenali sebagai Mek ini, diceritakan oleh Aisyah Shahid di laman Twitter tentang rumahnya yang terbakar setelah kehilangan anak 3 bulan lepas. Menerusi perkongsian tersebut rata-rata warganet sebak dengan nasib yang menimpa wanita itu dan turut bersimpati dengan apa yang telah terjadi.

Menerusi thread tersebut, anak kepada warga emas ini baru sahaja meninggal tiga bulan yang lepas akibat terjatuh daripada pokok. Dia menceritakan anaknya disifatkan sebagai seorang anak yang baik dan sering membantu ibunya tanpa mengeluh.

Wanita cekal ini diuji sekali lagi, apabila rumahnya telah hangus dijilat api. Bahkan, menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat raut wajah wanita itu yang menanggung kesedihan dan kerinduan terhadap arwah anaknya.

Walaupun, berdepan dengan pelbagai dugaan namun wanita tabah itu masih mampu tersenyum dan sama sekali tidak menitiskan air mata ketika menceritakan tentang kisah hidupnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber mysumbermaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*